BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 26, 2009

Sekadar menyampaikan.......


Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga'bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'. Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainyakerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.


Iqra'.....!

Saturday, June 6, 2009

selamat bercuti...

dah hampir seminggu cuti sekolah....tinggal seminggu lagi, skrg duk kt kg...lepak2 release tension. banyak undangan kahwin la...bile cuti sekolah jer org kawin...hari ni 2 org member dh selamat kawin...tahniah utk diorg.ermmm heran aku...cuti sekolah ni mcm hari raya plak...jalan jem giler...agaknya inilah bandaraya kuala terengganu...heheheh.dah xde idea....tido la plak

Wednesday, May 27, 2009

semangat..

hari ni dtg semangat nak hias kelas..smlm wt balik polisterine,mlm tu cat 2keping...bole la aku tampal kat dinding kelas.nk kate lawa xde la...nk nmpak skit perubahan,,bole aku tepek hasil kreativiti budak2.sekurang-kurangnya diaorg bangga tgk ape yg diaorg buat tu terpampang kt dinding kelas.

hmmm...nak kene ajar budak sajak ngan bercerita plak...smlm aku bg arnessa, kairul ngan mazri wat balik sajak ngan cerita pastu hafal..mula2 tanye ingat ke x?diorg kate ingat,bile suh baca kt depan xingat plak...xpe2 baru 1hari bg baca..terpaksa korbankan cuti skolah seminggu nak latih dorg ni...alahai...itulah CIKGU!

Monday, May 25, 2009

new layout

yeahh...layout baru.lawo dok? hehheh

Sunday, May 24, 2009

baru bermula...

fuhh...penat jugak nak menyiapkan blog ni...masalahnya tiada masa nak mengarang. pagi sibuk layan budak2...abis kelas nak kene siapkan ape2 yg patut utk esoknya...kalau tgk pon kejap2 je sambil2.ni pon dah abis kelas sbt...lepak lu kejap edit benda ni...hehheeh...xsiap sepenuhnya lagi ni...pelan-pelan kayuh org kata...adios.

Friday, May 22, 2009

Welcome

selamat datang ke blog saya...